PERATURAN

  1. Hanya tetamu Melayu Muslim yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap.
  2. Jika tetamu yang berkumpulan, hendaklah lelaki berkumpulan sahaja begitu juga dengan kumpulan perempuan. Kumpulan campuran antara lelaki dan wanita adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  3. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah.
  4. Minuman keras/alkohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
  5. Menjaga Kebersihan di dalam dan di luar rumah.
  6. Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir.
  7. Menjaga adab-adab kejiranan dan elakkan membuat bising dilarut malam.
  8. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. 
  9. Jangan mengubah kedudukan perabot. 

Kerjasama dari anda amatlah dihargai